Mungkin kerana terlalu penat mengemas rumah ditambah pula kesana kemari mencari barang....sakit badan mula terasa.
Bila malam langsung tidak boleh lelapkan mata hingga sampai ke satu tahap,langsung tidak boleh bergerak.
Kerana tidak tahan,saya terpaksa berurut,hari ke 2 saya berurut..tukag urut bagitahu selepas mengurut saya malamnya dia tidak boleh tidur..macam-macam gangguan.
Dia bertanyakan saya,samada saya ada mengurut siapa2.
Saya kata setiap malam mak saya akan hulur minyak panas minta saya sapukan dibelakang badannya.
As...tukanng urut tu kata saya memang tak boleh urut mak saya,sebab badan saya banyak angin,dan badan mak saya ada angin saka yang kuat keturunan dari orang tua lama mak saya...maksudnya saka dai nenek moyang.....dan akibatnya saya yang akan merasa sakitnya.
Disni saya sertakan sedikit info tentang saka angin yang saya perolehi dari blog .
Tadi masa berjalan jalan dalam blog-blog keilmuan batin, iaitu milik junied “http://junied-rahsianampakjin.blogspot.com”. Korang baca lah blog tu. Bagi saya banyak yang korang boleh belajar dalam blog tu. Dan lebih akan meningkatkan pemahaman korang mengenai sumber mistik ni.
Di antara gejala seseorang itu mempunyai saka adalah setiap kali korang amik wuduk, maka korang akan mula rasa nak terkentut. Tak kesah la kentut kuah kacang ke, kentut bunyi bom ke, kentut sepoi-sepoi bahasa tapi bau taik tarak ubat, tapi still nak kentut. Ia menunjukkan bahawa terdapat angin bisa yang berada dalam perut korang. Wuduk tu air rohani, jadi memang akan tertampar la angin bisa ni bila korang berwuduk.
Yang kedua adalah korang malas mandi. Ceh, konon bajet london je saka ni kan tak mau mandi. Sejuk benar kot. Lagi2 air telaga. Lagi la menggigil2 nak mandi. Jadi, korang boleh la takutkan budak budak kecik yang suka tak mandi tu, kata kalo tak mandi nanti ada saka.
Tanda ketiga adalah korang akan mimpi buruk sepanjang korang beramal. Amal yang saya cakap adalah seperti korang baca Al Quran zikir dan sebagainya. Nanti mula la korang mimpi bertarung, mimpi kena marah ngan orang, mimpi kena psyko dan sebagainya. Namun, bila korang berenti jer beramal, takde lak benda benda camni.
Seterusnya, badan korang mula rasa tak selesa bila korang beramal. Mula la korang rasa lenguh lenguh badan, sengal sengal ubi kat semua sendi badan. Walaupun korang da bubuh Amelitz Yoko Yoko berbotol2, ataupun korang makan Panadol Muscle Joint sebanyak kuantiti nasik, still korang akan rasa lenguh lenguh. Asyik sendawa jer…
Dan terakhir adalah badan korang rasa panas. Panas ni bermaksud dia datang dari dalam. Panas yang membahang. Cara paling mudah, korang pergi mandi bila panas, then sekejap dari tu, korang akan mula panas balik. Walaupun korang duduk dalam freezer sambil makan aiskrim pelangi Paddle Pop, still panas.
Ok, saya harap, dengan post pasal 5 tanda saka ni, korang boleh ler detect skang. Terima kasih Junied ya..
Assalammualaikum.. Siapa yg kena saka ni?... cuba baca SINI
ReplyDeletesaya abg waazin..tgh berubat sekarang
Delete