Lama kelamaan mana ada lagi orang yang meminta khidmat Mak Ku untuk menyambut kelahiran, dengan adanya sebuah klinik desa di kampung tersebut, jika tidak sempat ke hospital, penduduk kampung bolehlah hanya bersalin di klinik desa terbabit.
Sebenarnya kalau nak diceritakan memang agak payahlah juga, tak pasti jika Mak Ku ada mengamalkan ilmu yang salah atau tidak. Selepas dia tidak lagi menjadi bidan, penduduk kampung masih lagi mengambilnya menjadi tukang urut.
Memandangkan Mak Ku seorang bidan dan pernah menjaga orang yang pantang bersalin sekali dengan urut badan. Jadi, itu sahajalah kerja yang tinggal untuk Mak Ku sebelum dia menghabiskan nyawanya.
Tapi, jangan salah sangka. Walaupun begitu, Mak Ku sering sahaja mewah berbelanja sehingga ke akhir hayatnya, sampaikan sewaktu orang kampung nak uruskan mayatnya, ada salah seorang penduduk kampung yang terjumpa satu tin milo yang penuh dengan barang kemas.
Selepas kematian Mak Ku menjadi perbualan ramai orang, ada yang mempertikaikan rezeki Mak Ku, mungkin Mak Ku ada 'membela' jin dan syaitan, memandangkan Mak Ku bekas bidan, mungkin jin peliharaan Mak Ku yang menyebabkan dia menjadi kaya.
Pada mulanya, ada juga yang bersangka baik dengan tidak menghiraukan cakap-cakap orang kampung yang mungkin 'dengki' dengan Mak Ku. Tetapi sehinggalah satu hari, beberapa orang kampung yang baru pulang dari masjid yang lalu dikawasan perkuburan terlihat sesuatu yang berasap dikawasan perkuburan.
Boleh dikatakan ramai lelaki yang berjalan kaki, jadi mereka berani masuk kedalam kawasan kubur, manalah tahu kot ada yang buat perkara khurafat, nak minta nombor ekor ke.
Lama kelamaan mereka perasan asap tersebut datang dari kubur Mak Ku mereka yang ramai itu semakin menghampiri.
Sampai sahaja mereka perasan seperti ada satu tebuk lubang sebesar bola pingpong di kubur Mak Ku. Asap tersebut datangnya dari dalam lubang kubur Mak Ku yang keluar mengikut lubang sebesar bola ping pong itu.
Pada mulanya mereka berjanji untuk tidak menceritakan perkara ini kepada sesiapa, tetapi biasalah, mulut manusia, dalam 10 orang mesti ada 1 orang yang tak boleh simpan rahsia. Walaupun hanya satu mulut yang bersuara, bahananya satu kampung kembali panas tentang kisah Mak Ku.
Sehingga kini, masih tidak dapat dipastikan kisah Mak Ku itu benar ataupun tidak.
0 Response to "Kubur Mak Ku....Bidan Kampung Ini Berasap"
Post a Comment