Lelaki 'cetak' Surat Letak Jawatan Atas Kek

                                  [Image: resign5n-1-web-600x360.jpg]

Mark Herman dari Arizona mencetak surat peletakan jawatan pada kek dan menyerahkan kepada pengurusnya di TV Stesen KOLD.




ARIZONA, 6 Mei: Seorang pengarah siaran untuk Stesen TV Arizona KOLD-TV mengambil keputusan untuk meletak jawatan dengan cara yang terbaik iaitu mencetak surat peletakan jawatan pada satu kek yang besar.


“Sila terima kek ini sebagai notis rasmi (dan lazat) peletakan jawatan saya.”

“Saya akan merindui KOLD dan semua rakan sekerja yang bersama saya lebih daripada empat tahun di sini.”

Herman yang menerima tawaran kerja di Stesen TV WKRN di Nashville, dipetik Daily News sebagai berkata, beliau sedih untuk meninggalkan tempat ini dan mahu menyampaikan mesej itu dalam suatu keadaan yang gembira.

“Kami bekerja dalam satu kumpulan yang amat rapat,” katanya. “Saya fikir ini akan membuat ia lebih mudah. Anda tidak boleh sedih apabila melihat kek. “

Apakah respon rakan-rakan sekerjanya?

“Ketawa,” kata Herman. “Semua orang menyukai kek ini.”

Herman yang berusia 28 tahun itu memikirkan idea ini sebelum berbincang dengan rakan-rakannya tentang cara terbaik untuk memberitahu mesej perletakan jawatan.

Seorang kawan telah meletak jawatan beberapa minggu lalu dengan membawa sebiji kek dan ia memberikan idea kepada Herman.

0 Response to "Lelaki 'cetak' Surat Letak Jawatan Atas Kek"

Post a Comment